Saturday, 30 July 2016


ASAL USUL KEK LAPIS SARAWAK

kek lapis


Kek lapis merupakan makanan yang amat terkenal dengan jenis yang pelbagai dan berwarna-warni. Secara tradisinya, kek lapis disajikan di Sarawak khususnya pada musim-musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali dan banyak lagi. Kek lapis ini juga dikenali dengan sebagai Kek Lapis Sarawak atau pun Kek Lapis Moden.


SEJARAH
Berdasarkan sejarah, kek lapis berasal dari negara jiran, iaitu Indonesia sejak tahun 1970-an dan 1980-an. Rakyat Sarawak mula mengenali kek lapis apabila warga Betawi datang ke sarawak dan mengajar cara membuat kuih Betawi. Sejak itu, rakyat sarawak menambah bahan baru, perasa dan pewarna sehingga wujudnya kuih yang dikenali dengan nama KEK LAPIS SARAWAK. Rakyat sarawak terus mempelbagaikan jeis kek lapis hingga dikenali juga dengan nama KEK LAPIS MODEN SARAWAK apabila mereka menggabungkan cara pembuatan kek barat dan tradisional.